Antara cabaran paling besar apabila mencadangkan sistem baharu bukanlah untuk membangunkannya. Tetapi untuk membuktikan bahawa sistem itu benar-benar mengurangkan beban kerja, bukannya menambah clerical work.
Banyak kali juga cadangan saya kena reject dengan bos. Alasannya hampir sama.
“Macam bertambah kerja je.”
Dan kadang-kadang, saya terpaksa bersetuju.
Walaupun sebenarnya workflow sedia ada pun bukannya efisien sangat. Ada proses yang sekadar meminta orang balas mesej melalui WhatsApp, kemudian beramai-ramai copy paste dan tambah kepada mesej.
Tapi sebab dah biasa buat, kita tak nampak itu sebagai beban kerja. Dah jadi rutin.
Cuma, saya juga semakin sedar bahawa tidak semua masalah perlu diselesaikan dengan membina aplikasi.
Kalau sistem baharu memerlukan orang login, isi borang, kemudian masih perlu maklumkan perkara yang sama dalam WhatsApp, memanglah bertambah kerja. Kita cuma menambah satu lagi lapisan kepada proses sedia ada.
Mungkin sebelum mencadangkan apa-apa sistem, soalan yang patut ditanya bukanlah, “Apa lagi yang boleh kita automasikan?”
Tetapi, “Apa kerja yang boleh kita hapuskan terus?”
Not everything needs to be an app.
Kadang-kadang, penyelesaian terbaik ialah dengan memudahkan proses yang sedia ada. Bukan membina sistem baharu untuk menguruskan proses yang sebenarnya tak perlu pun wujud.

Leave a Reply