Single Point of Data Entry

Apa itu Single Point of Data Entry (SPDE)?

Cikgu ni selalu kena isi data sama banyak kali, dekat sistem lain-lain? Form A, lepas tu form B, lepas tu spreadsheet pula. Memang penat.

Itu lah idea Single Point of Data Entry (SPDE).

SPDE ni maksud dia senang je
Key in data sekali je, lepas tu sistem lain semua akan guna data yang sama.

Tak perlu ulang-ulang. Tak perlu copy paste banyak kali.

Kenapa SPDE ni penting:

  • Jimat masa – isi sekali, data terus pergi ke sistem lain macam laporan, analisa dan sebagainya.
  • Kurang error – bila manusia taip banyak kali, memang senang salah. SPDE kurangkan benda ni.
  • Data lebih tepat – semua orang refer pada data yang sama, bukan versi A, versi B.
  • System boleh connect – contoh satu borang online jadi sumber utama, yang lain ikut.
  • One source of truth – satu tempat je untuk data, bukan bersepah dekat banyak screen.

Saya nampak MOEIS ke arah tu, satu pusat sehenti, tapi data di dalamnya masih tertutup dan hanya boleh key in dan tiada cara sebenar untuk sekolah export ke sistem lain untuk bantu analisa.

Mantan Boss saya banyak request untuk pelbagai jenis analisa dan sudut pandang berbeza yg tidak ada dalam sistem rasmi KPM menyebabkan kami terpaksa isi sekali lagi dalam sistem headcount versi kami.

Kalau la dapat download dan match, memang seronok.

Ringkas cerita, SPDE bantu organisasi kerja lebih kemas, kurang buang masa, dan data lebih teratur.

Kurang menaip, kurang pening kepala. Lebih fokus buat kerja sebenar.

Adakah MOEis dapat menyelesaikan?

,