Hmmm, aku tak boleh tidor pulak hari nih, jam kat komputer dah pukul 2.46 pagi, tapi mata aku masih tak mahu tutup, aku masih dok pening buat kerja aku…. petang tadi abis duit aku dekat rm200 semata-mata nak setelkan benda nih tapi aku tak rasa pengorbanan aku ni akan diappreciate orang… malah aku boleh jamin… apabila siap kerja aku ni sure akan ada mulut-mulut cabul yang terus mengomen tentang hasil kerja aku nih…. apa benda aku buat nih? tak perlu lah orang tahu cukuplah sekadar tahu bahawa kerana kerja ni lah aku dok asyik tak lena tidur sbb nak cuba siapkan awal dan juga telinga dah terasa macam pekak sikit sebab dok berulang-ulang dengar kaset yang sama … sambil cuba mencari point-point yang boleh diterima akal. Aku estimate dalam esok petang boleh siap insyaAllah kalau aku bangun awal pagi esok dan terus buat… tp kena consider gak esok Jumaat.. hmm lambat lagi la siap … 🙁
Aku bukan jenis manusia yang suka menangguh-nangguh kerja (cuma kekadang aku suka gak) tapi kalau tiba keadaan dimana aku rasa aku seolah dipaksa buat kerja yang bukan kerja aku… pasti hasilnya aku akan tangguhkan kerja tu… Aku teringat dulu aku pernah ada kerja dalam kumpulan kita org kena buat Company Report sebagai assignment utk paper Business Writing aku dulu… lepas tu mamat dan minah dalam kumpulan tu semua bagi alasan banyak kerja lain dan serah kat aku bulat-bulat utk siapkan assignment tu… Aku memang siapkan assignment tu sorang-sorang… hasil kerja takdalah sehebat orang yang buat berkumpulan tapi paper tu aku berjaya la jugak lulus cemerlang… tp sebelum aku siapkan assignment tu aku sempat dera semua budak dlm group. Macam mana aku dera bebudak tu? Cara dia sangat la senang, aku tak bagi info langsung ttg perkembangan report tu… aku buat memang ikut rentak aku sendiri.. bila aku rasa nak buat aku buat… pastu kalau orang tanya apa-apa aku kata “It’s coming along, don’t worry”. Lepas tu aku buat semua budak tu cuak, sebab apabila salah sorang group member aku datang ke rumah sewa aku… dia tgk aku baru buat dlm 10% semua kerja… sedangkan due date lagi 2-3 hari jer… Tapi aku releks jer… terus dia gelabah… dia nak takeover buat benda tu semua tak boleh sebab info semua dok dalam kepala aku… main structure report yang aku jot down semua dia org tak reti nak baca. Maka terpaksa la dia org tunggu aku siapkan… And aku berjaya siapkan jugak… and on the day nak hantar tu la jugak aku siapkan…. betul-betul pukul 3.30 petang aku siapkan.. dia org semua dah cuak takut tak sempat siap.. sorang mamat cina sorang tu dah dok gelabah nak call lecturer mintak tangguh hantar besok. Gila aku dera… lepas tu dia siap cakap kat aku, “u memang jahat la Rahman.. u buat kita orang takut u tahu tak”. Nak jer aku maki on the spot cakap sapa suruh aku buat sorang diri assignment yg spatut 4 orang kena buat… aku siapkan assignment tu pun sbb kesiankan ada sorang minah melayu yg masuk grup aku (grup aku 1 mamat cina, 1 minah india, 1 minah melayu and aku)… sebab minah tu memang result dia depends atas paper tu banyak jugak. Macam aku paper tu aku ambik sebab aku suka :p Tp hasilnya aku tetap berpuas hati di atas apa yang aku buat dan tak rasa bersalah pon sebab lambatkan siap Company Report tu. Ya lah siap sharp on due date aper.. takda sapa kena potong markah pon… just muka org org yg cuak cukup bermakna buat aku ahahahaha 🙂
p/s: This is my first entry that is completely in Malay, sorry for those who don’t understand Malay… as this thought was started in Malay and such would discredit it if it were put down in English… and for certain reasons it would emphasize the value of that stupid Company Report .. 🙂