Rasa hari rabu minggu ni adalah hari paling banyak jemputan makan aku terima dalam tempoh yang singkat.
Masa hari Selasa tu aku dah ada terdengar ketua panitia dok sebut pasal ada jamuan, tapi aku buat2 tak paham jer la.. bukan dia cakap ngan aku pon, pastu takda plak aku diberitahu aku dijemput. So malas la nak bertanya kang kena cop tak reti malu. So pagi rabu tu aku ada byk kelas so pergi la masuk kelas semua.. dah settle 1 kelas aku datang la Bilik SAL nak ambik barang sikit lagi. (info: aku tak duduk staff room, aku dpt meja kat bilik lain i.e bilik SAL :p ) Pastu terserempak ngan bos (ketua panitia).
Bos: Haaa Man, byk kali Kak tepon tak dpt.
*Aku tgk hset, erk dah teroff sendiri
Aku: Ada kat kelas tadi, ada apa?
Bos: Kak Han (cikgu senior lagi sorang) tadi ada sms, dpt tak ?
*Aku tgh mengagau hset, *teet teet* …
Aku: Aaaa baru dpt.. (sambil baca sms)
Bos: Ni ada jamuan kat staff-room, Man pergi la makan.
Aku: Lepas ni ada kelas, lepas kelas tu la kot.
Nak dipendekkan cerita, ada jamuan annual, biasa dia org buat before puasa tp non-official nyer jamuan, cam potluck sket. Jamuan official dah buat aritu kat restoran.
So lepas kelas aku pon pergi la slow-slow kat staff-room. Jumpa aunt aku. Dia hulur aku laksa. So aku makan jer la. Malas la nak cakap byk. Dok la makan situ.. dekat nak abis ada sorang ustazah sound aunt aku. “Makciknya, tambahla laksa anak sedara tu, nak abis dah tu” Aku pon dah stat geleng kepala, tak larat nak makan byk .. sbb aku rasa letih aritu. Lagipon aku dok terpk nak jamah kuih ke apa atas meja tu. Nampak cam menarik. Tp terbatal sbb lepas tu aunt aku cakap “Takyah makan byk lepas ni ada jamuan lagi”. 😮 Tu dia, apa plak nih.
So lepas skolah kita org p lagi satu jamuan kat restoran, rupanya jamuan kelas tp gabung 2 kelas. 5 Katering & 4 Pengurusan Makanan. Situ aku melantak makan nasi ngan sup daging, pastu ada la sotong dan udang goreng tepung. Yang aku tak sentuhnya ada ikan kerakap masak apa tah. Gila senak rasa perut bila aku sampai rumah. Mana taknya 2 jamuan. Dalam masa yg singkat lak tu.
Sampai kat rumah mak aku tanya nak gi BBQ kat skolah dia tak. Skolah dia ada buat perkhemahan utk budak darjah 6. Aku dah giveup. Tak larat.. Tp malam tu mak aku bawak balik jugak sikit ayam bakar. Tp aku tak sentuh pon. Malam tu aku tido ngan tak makan dinner pon. Kenyang :sick:
Lagi haru? hari ni time aku nak balik. Pergi la cari aunt aku sbb biasa aku balik ngan dia. Dia ajak pergi jamuan lagiiiii. Tp aku tolak. Nak balik ah… malas nak join jamuan lagipun aku terperasan ada pengetua ngan cikgu reramai kat dlm. Segan :p
Kesimpulan : 3 jemputan dlm satu hari + lagi satu utk esoknya … Mana la aku tak naik badan, maintain berat pon dah kira mujur.
Adieu :devil:
Wah, sekarang memang musim jamuan. Makan jangan tak makan, esok dah nak puasa 🙂
biasa la nak puasa, terus byk jamuan secara otomatik 😀