Webinar Producer

Webinar/ Livestream Producer

Dalam waktu pandemic ini demand untuk webinar makin meningkat. Saya berpeluang beberapa kali untuk menjadi producer atau sesetengahnya guna istilah Technical Host.

Software/Webware/Platform

Belajar dari kosong sahaja, saya bermula dengan hanya grab screen dari google meet / ms teams terus ke facebook. Tanpa guna sebarang software khusus.

Kemudian saya explore aplikasi OBS. Memang power aplikasi ni. Kita boleh tambah additional setup yang saya suka. OBS guna istilah sources dari sources tu kita boleh jadikan pelbagai elemen. combine dengan vdo.ninja maka kita dapat satu setup untuk menjalankan webinar/live streaming.

Malangnya laptop saya yang dah berumur tak cukup gagah untuk menggunakan OBS pada kapasiti maksimum. Processor akan ramp up hingga suhu maksima di capai dan terus hang.

Akhirnya atas cadangan senior, alumni saya subscribe kepada streamyard. pada pendapat saya. OBS lebih banyak elemen yang boleh dimanipulasi dan customised. Akan tetapi streamyard merupakan satu platform yang sudah lengkap. Kawalan semuanya hanya pada satu screen sahaja.

Pre-Production

Untuk menjayakan webinar bukan hanya perlu kepada kawalan sewaktu webinar. Tapi banyak juga pre-production yang perlu dilakukan. Biasanya saya buat sendiri dengan bantuan sorang junior yang terer graphic. Order je terus dapat. Mmg power dia ni.

Biasa yang saya prepare sendiri adalah

  1. Overlay
  2. Background
  3. Intro/Outtro

Semua elemen ni streamyard guna istilah brand, dan saya rasa memang tepat. untuk memastikan ada consistency antara webinar kepada webinar yang lain. saya jenis yang suka simplify tapi kadang2 saya ter over do jugak. Saya suka gunakan platform canva untuk buat semua elemen ni.

saya banyak guna video countdown timer utk intro, yang ni mudah jer… boleh dilakukan di canva juga. gabungkan video countdown yang free dalam internet kemudian tambah personalisation.

Untuk bahagian outtro saya gunakan html slideshow yang memaparkan poster program2 semasa sebagai outtro. Html slideshow lebih mudah kerana hanya perlu tukar beberapa baris perkataan sahaja utk tukar kepada poster baharu.

Berkongsi sebagai rujukan saya juga pada waktu lain. Dengan pembukaan sekolah yang makin dekat, makin terasa sukar untuk memperuntukkan waktu untuk kerja2 luar.

#amateurproducer

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.