Anekdot Waktu

Jawatan besar pertama saya adalah sebagai SU Jadual Waktu.

Waktu tu saya menuntut ilmu dari Cikgu Rosman mantan SU. Dia tunjukkan evolusi jadual waktu dari penggunaan buku tulis untuk menyusun jadual kepada menggunakan sistem kad dan akhirnya menggunakan aplikasi DOS bernama JAWS. (jadual waktu sekolah).

Maka belajarlah saya cara membina jadual waktu menggunakan JAWS. Dan beberapa teori disebalik penyusunan jadual waktu.

Bila saya takeover sempat belajar sahaja JAWS. Kerana pihak DMH telah upgrade aplikasi kepada WinJAWS. Maka saya pon membodek (merayu) pentadbir untuk membayar wang pengeras agar dapat di update ke versi terkini. Terselamatlah saya dari menggunakan aplikasi JAWS menggunakan command line.

Ada beberapa takeaway dari anekdot ini.

Pertama bila saya nak serah tugas, saya cuba ajar pengganti selok belok tugas saya. Tak boleh serah bulat-bulat tanpa ada bimbingan.
Cuma saya punya workflow jarang saya dokumenkan. Letih sikit nak ajar orang.

Kedua hormati orang lama sbb dia punya susah payah nak buat sesuatu itu lebih dari kita yang sebenarnya banyak dah simplify.

Ketiga bila kita guna sesuatu sistem kita kena faham kiraan di sebaliknya. Contohnya untuk suatu-suatu subjek berapa masa perlu. Bandingkan pula dengan slot yang ada untuk satu hari bagi tingkatan. Kalau dah faham kiraan itu barulah kita faham kenapa bila kita generate jadual waktu ia ambil masa yang terlalu lama.


, ,