Pakaian Sekolah

Kecoh hari ni pasal pakaian sekolah, sebagai pegawai teknikal yang menjaga pertandingan yang di dalamnya di nyatakan bahawa peserta perlu memakai pakaian rasmi sekolah, saya banyak berhadapan dengan aduan berkaitan pakaian.

Ada kalangan peserta yang memakai pakaian sekolah yang meragukan. Contoh nyata pakai bow tie untuk pertandingan choral speaking.

Ada juga yang pakai blazer ala pertandingan antarabangsa, vest, pin berlebihan, atau warna yang jelas bukan warna pakaian sekolah yang diluluskan. Bila ditegur, jawapan biasa ialah “sekolah kami memang pakai macam ni” atau “cikgu benarkan”.

Realitinya, banyak daripada “uniform” ini sebenarnya tidak pernah didaftarkan atau diluluskan secara rasmi, termasuk pakaian Pengawas. Kita jarang bertanya soalan mudah ini: berapa banyak sekolah yang benar-benar boleh membuktikan pakaian Pengawas mereka telah digunakan secara berterusan sejak sebelum 1983?

Sebenarnya, tak perlu pun kecoh sangat. Besar kemungkinan KPM cuma nak buat pemutihan sahaja. Patah balik kepada pakaian yang memang ada kelulusan rasmi, dan bezakan dengan jelas antara pakaian sekolah yang diluluskan dengan uniform rekaan sekolah.

Kalau memang ada kelulusan, teruskan. Kalau tiada, betulkan ikut saluran. Ini bukan soal menghukum atau menyalahkan sesiapa, tetapi untuk kembalikan keseragaman dan keadilan, terutama bila murid mewakili sekolah dalam acara rasmi dan pertandingan.

Petikan dari SPI 3/1983 Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah
Petikan dari SPI 3/1983 Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.