Antara small frustration bila berjumpa dengan QR code ialah bila scan, tak terus ke page sebenar. Sebaliknya kena lalu iklan dulu.
Kenapa tak gunakan QR code yang tak ada iklan? Entah ler…
Yang kerap jadi, cikgu mengadu,
“Eh, tak jadi.”
Padahal dah jadi. Cuma mereka tak perasan yang page pertama tu sebenarnya iklan dan kena tunggu atau tekan skip dulu.
Kalau sekadar nak link terus ke website, guna sahaja static QR code. Jadi tak perlu melalui server pihak ketiga atau interstitial page.
Antara pilihan yang boleh digunakan:
QR Code Monkey: static QR code, direct ke URL
goQR.me: static QR code, direct ke URL
Canva: pilih Create static, bukan dynamic
Google Chrome: buka page → menu Share / Hantar, simpan dan kongsi → Create QR Code
Microsoft Edge: right-click pada page → Create QR code for this page
Simple. Scan → jadi slalu
Kadang-kadang tak perlu fancy sangat. 😅