Pokok jambu air depan rumah dah masuk peringkat nazak, mana tak nazaknya 2 hari berturut-turut aku gergaji sana-sini. Awalnya ayah aku la kasi cadangan, suruh aku tebang pokok tu, dia kata bunga dan daun jer lebih berbuahnya dah tak. Baik tebang jer dari menyusahkan mak aku sapu daun kering. Aku pun mengiyakan la… Good exercise what, dah lama tak tebang pokok ni… jadi aku pergi la tebang ngan ayah aku. Dia takleh tebang direct sebab pokok tu dekat sangat ngan rumah. Jadi kena la tutuh (kerat dahan demi dahan). Hari pertama dapat kerat 1 cabang besar, second day baru dapat lagi 2 cabang besar.
Mak ai letih jugak ya. Setelah sekian lama tak bergiat dalam tebang menebang. Dulu-dulu slalu la jugak dok tebang pokok time-time ayah aku ajak gi tebang pokok lama yang dah takda hasil dlm kebun dia. Sekarang ayah aku pun dah tak peduli sangat kebun lain kecuali yg dok sebelah rumah. So takda la pokok nak ditebangnya. Pokok tepi rumah kiranya dah 3 la kena tebang. 2 lagi kena tebang waktu preparation nak buat garaj. Rasa rugi la pulak, sebab aku suka pokok tu semua, sejukkan rumah.. selesa. Dah takda nih.. bilik aku pun cepat sikit panas.
Aku tak sempat pun nak tebang habis pokok jambu air tu. Actually ada lagi batang dia dlm 5 kaki. Sebabnya aku terpaksa datang balik penang. Ambik paper untuk short sem pastu jumpa lecturer sket, budak bengong cam aku ni memang kena byk jumpa lecturer ekekeke :p
Oklah tak larat nak tulis panjang-panjang ni pun dok numpang komputer orang.
Adieu
pity that tree. year after year after year it watches you and your family and gives you nice green shelter now you just wanan cut it down. come on la. dont leave evertyhing barren and grey like KL. When i have my own house witha garden i will cover it with spruce trees and oaks nice mossy moss. hehe.
i want to have a house by the beach..
small house, minimalist style..
*dreaming*
ermm pokok tu ditanam time mula masuk rumah ni, around 10 years back .. so takda la lama sangat. And banyak lagi pokok actually kat tepi rumah. Pokok delima, pokok limau kasturi, pokok manggis, pokok rambutan, pokok mangga, pokok salak.. banyak sangat la.. tak larat nak senarai semua. Rumah kampung la katakan..