Bidadari II

Bidadari II by karlbum
Kawanku,
Dikala diriku gembira,
Kaulah penyambung ketawa,
Dikala ku kesepian,
Kaulah sebaik teman.
Sahabatku,
Dikala aku kehilangan,
Kaulah penyuluh jalan,
Dikala aku duka,
Kaulah penghilang lara.
Kekasihku,
Dikala aku mencintaimu,
Kau mencintaiku,
Dikala aku memerlukan belaianmu,
Kaulah yang setia membelaiku.
Bidadariku,
Dikala gembira, duka dan memerlukan,
Kaulah kekasih, sahabat dan juga kawan,
Kaulah yang segala diri ini perlukan,
Kaulah segala yang kuimpikan.
Kaulah segalanya bagi ku,
Hanya dirimu yang ku mahu.
-rahman-
2.27 am 8 mac 2003
=======
for our third month….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.