(Jangan Baca, Ini Sekadar Luahan Rasa :p)
Manusia ni kekadang makin diajar, makin dicuba bawak berbincang makin bodoh, makin sengap… Yang dilihat hanya sepicis tapi dah buat tanggapan pelbagai… Penuh ngan rasa anti-establishment kononnya, asyik point out orang tu asyik mengikut orang lain (yes my principle is “go with the flow”) tp apabila org point out dia tu takda ciri anti-establishment… pun asyik mengikut orang… melenting.. marah.. tak suka…
Mulalah membebel pasal orang yg tak reti mengenal untung… tak bersyukur… tak menjadi walaupun dapat benda yg org lain tak dpt… tak pernah pula aku bertanya kembali… sedarkah diri yang berkata… apakah sama dengan org yg dikatakan tak mengenal untung? Atau lebih teruk?
Tak sedarkah dia yang lebih beruntung? Aku? Sekadar pernah ke sekolah yg digilai orang… dia? dari sekolah yang gah ke tempat belajar yang gah? Apa hasilnya? Sudah lebih baik dr aku? Aku mengaku aku daif… tak semua benda aku dapat buat? Prinsip aku juga agak berlainan dr yang satu “sekolah” ngan aku. Mengapa? kerana aku tahu sekolah tu takda erti. Sbb apa yang aku belajar aku belajar dari tempat lain. Dari guru-guru ku yang tak bersekolah tinggi. Yang dengan tak bergaji sanggup mengajar. Mungkin banyak celanya aku.. tapi cela kah aku jika aku memang suka bercerita ttg yg buruk sahaja pada diri aku. Adakah kau mengerti jika aku bercerita yang baik-baik?
Cela kah aku jika aku lebih suka senyum mendiamkan diri, melihat kerenah orang. Ya aku tahu aku memang suka nasihat orang.. kekadang orang tak minta.. mungkin itu cela aku? Nasihat orang tapi diri sendiri tak buat?
Dia? Bagaimana pula dia? Apa yang terhasil dr diri kau? Pernah menasihati orang? Pernah berdiskusi panjang mengapa orang buat macam tu? Selain dari menuduh tanpa berfikir? Contoh… pernah kau tanya kenapa dia tak berhijab, berjilbab. apa alasan nya? Aku pernah bertanya.. dan tahu apa jawapan nya…
Kau sering berkata diri selalu tidak tenang, sentiasa mencari.. aku mungkin ada jawapannya… kerana hubungan sesama manusia tidak dijaga… masih ada yang sakit hati, masih ada yang terluka tanpa kau sedari…. aku… mungkin terluka mungkin tidak… tp aku tak suka berfikir panjang tentang benda tidak penting.. kalau betul katamu.. akan adalah akibatnya… kalau tidak.. masih ada juga akibat yang lain.
Jadi siapakah sekarang lembu di hujung tali? Akukah ? Atau engkau ?
Tak perlu kau menjawab bebelan ini.. kerana aku pasti kau akan ada alasan utk setiap yang aku katakan… aku tak mahu mendengar alasan-alasan mu. Yang penting aku hanya ingin menyampaikan apa yang ku pendam. Apa yang ku perhatikan bertahun lama… tapi tak sanggup menyatakan.
I may have lost a friend, but the true measure of a friend is one that can accept a friend as he is… and still be friends
I am the :devil: in a :monkey: suit
p/s: Aku rasa aku tak mention apa salah engkau dengan Tuhan sekadar hubungan dengan manusia. Kerana aku rasa kau sendiri lebih faham, lebih bijak dari aku.
nak tanyer… anti-establishment tu aper?
anti-establishment.. lebih kurang tak suka ikut peraturan… tak suka ikut rentak semasa.. keadaan semasa.. melawan arus la secara ringkas :)boleh teep?
queens of the stone age!
yeh yeh yeh!
:p
Selalu bayangkan diri anda dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirkanlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang menusia bukanlah dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
ooo…faham2!!lbey kurang orang kolot la ni… :think: