Aidil Fitri 2003

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
The Blue Mosque, Turkey (c) 2001 Robert Downie @ philiphuang.com (edited by karlbum)
Kembali Ke Pangkuan Lebaran oleh karlbum
Lebaran menyinar kembali,
Penat lelah sebulan terubati,
Rasa rindu semakin membara,
Teringat sahabat serta saudara.
Lebaran menyapa sekali lagi,
Diufuk pagi nan suci,
Kanak-kanak ketawa riang,
Si remaja semakin girang.
Lebaran kembali menyinsing,
Hadiah dari ilahi,
Marilah kita ziarah-menziarahi,
Rakan dan taulan yang kian terasing.
Lebaran menjelma kembali,
menyegar kembali jiwa ini,
seribu keinsafan dirasa,
seribu kemaafan ku pinta.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 🙂

5 thoughts on “Aidil Fitri 2003

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.