Biar Ku Sendiri

Biar ku sendiri,
biarkan aku menjauhkan diri
aku harap kau mengerti
bukan aku tak sudi
Biarlah aku begini
Diri ini memang ganjil
Biarkan aku begini
Diri ini sangat degil
Aku tahu apa maksudmu
aku mengerti kehendakmu
Tapi aku tak mampu
dan juga tidak mahu
Bukan aku berlagak,
malah bukan lawak,
Tapi hakikatnya tetap sama
Aku tak ingin bersama
Biar ku sendiri
biarkan aku menjauhkan diri
aku harap kau mengerti
apa didalam hati ini…
Nota Kaki : Tidak ditujukan kepada sesiapa sekadar memanjangkan idea 🙂
Masa: 1.30 am 14 Sept 2003
Tempat: Sudut Gelap Dalam Bilik
Status Mental : Mengantuk!