Salam Aidilfitri 1432H

 

Faiq & Me

Moga masih belum terlambat utk saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-taulan, sahabat-handai dan kaum-kerabat sekalian. Maaf Zahir dan Batin kami sekeluarga pohon dari semua kenalan.

Terlewat sedikit ucapan tahun ini sebab internet sebelum dan sewaktu dua tiga hari raya pertama agak bermasalah jadi susah sket nak menulis panjang lebar.

Alhamdulillah sekali lagi dapat beraya bersama keluarga kami berdua, di tambah kegembiraan kami dengan kehadiran ahli keluarga baru kami, Faiq yang hampir 6 bulan umurnya 🙂 Sudah pandai serba-serbi, ditambah pula dgn kakak yg cukup sporting, siap merajuk kalau tak diberi peluang menjaga adik 🙂

Kami juga cukup gembira walaupun rancangan asal untuk beraya di rumah sendiri terpaksa di tangguhkan ke lain masa, namun masih dpt buat sedikit majlis kecil bersama adik-beradik di rumah sendiri. Untuk yang tidak di ajak, seribu kemaafan di pohon, majlis yg lebih sempurna sedang dirancang dan insyaAllah anda akan dijemput.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga!

Rahman's Family 2011
Annuar's Family 2011