Aku Miskin Sangat Ke?

Dari “mintak tolong tangguh bayar duit”… aku terima jer… takpa.. leh settlekan.. ke tanya soklan “apsal mahal sgt”.. still aku layan (harga bukan aku letak lecturer yg mintak)…. ke tiba-tiba.. “aku nak beli sendiri la.. bak mai senarai barang nak beli”.. aku still layan… “cuba rujuk kat kedai”. Tiba-tiba marah aku, “ye lah ye lah.. aku bank-in la duit, malas nak cari pasal” .. apsal pulak tu…
Aku ni miskin sangat ke? Ke ada rupa cam penipu atau penyangak, sampai orang treat aku macam aku ni nak tipu duit dia org jer.
Ceh tarak hati pon nak makan duit ko yg tak cecah even seratus tu pun. Kalau aku gila sgt miskin dah lama aku kejar kawan aku yg berhutang ngan aku lebih lg dr tu.
Cerita di belakang cerita.
Lecturer aku one fine day inform yg kita org kena gi camping, and requisite dia kena pakai uniform lengkap. Sapa yg pergi camping tak beruniform dianggap gagal. So terpaksa la setuju nak tempah uniform and topi. Uniform nanti dia potong dr elaun, topi kena bayar dulu.
Pastu aksesori baju kena beli sendiri. Jadi atas inisiatif, pakat nak beli ramai2, maybe dpt la extra murah (30% discount). So kumpul la duit… tp ada plak yg mintak tangguh dengan berbagai alasan. Takpalah aku dahulukan dulu duit belikan aksesori. Senarai nama sapa nak topi pun dah kasi kat lecturer.
Tup tup, dpt sms, cakap dpt harga topi murah. Pastu senyap. Esok dpt sms plak mintak senarai aksesori, dia nak beli sendiri. Aku pun tanya, jadi aksesori yg dah dibeli, topi yg dah ditempah sapa plak nak pakai. Dia marah, da kata, haritu kata bayar duit baru benda tu semua dibelikan. Aih rasa aku hantar jer sms, “takpa saya ejaskan”. Takkan tak paham kot dah dibelikan… Takkan nak suruh member aku yg belikan tu ulang alik beli satu satu everytime org bayar.. Tak ke menyusahkan.. Dah tu pulak topi tu urusan ngan lecturer, igt sesuka hati jer nak main batal-batal semua. Dah la lecturer dah siap gi antar list kat kilang. Ye memang lecturer nak dpt harga murah dia gi tempah kilang, tp ajaibnya minah tu leh dpt lagi murah (katanya lah).
Dah tu skarang dah melenting lenting plak… dah terlambat puan oiii.. dah seminggu lepas kita org beli semua barang.. org yg tak nak pon dah cakap dr minggu lepas… kalau tak nak bayar.. lantak la.. aku peduli hape.. bab aksesori tu aku leh cover, tp topi tu ko gi la cakap sendiri kat lecturer. Kena maki kena hamun ikut suka hati ko la.