Pengalaman saya berbasikal bermula dari kecil. Pastinya waktu kanak-kanak ini yang memungkinkan saya untuk meronda kawasan kampung. Dari rumah petang-petang kami akan berbasikal sampai ke rumah kawan saya… Ada kawan yang duduk di Taman Malinja. Kami berbasikal sampai ke sana. Paling jauh saya berbasikal seorang diri adalah dari Kg Dangar, rumah saya ke rumah nenek di Kg Tg Rendang, Lemal. Sekitar 3 km sahaja jadi tak kena marah. Hihi.. Aktiviti ramai2 jangan tanya.
Bila masuk sekolah menengah basikal bukan lagi semata-mata rekreasi, saya berbasikal dari rumah ke sekolah. Sebelum berpindah hanya kurang lebih 500m dari rumah. Bila berpindah sudah jadi 5km dari rumah. Keadaan yang sama diteruskan sampai universiti, saya tiada motor mahupun kereta yang ada hanyalah basikal.
Dari duduk di desasiswa hingga berpindah di rumah sewa. Sepanjang tempoh pengajian di USM itulah satu-satunya kenderaan saya. Bila ia di curi di kawasan kedai Sungai Dua. Saya tempang. Mujurlah bapa saya memberi wang untuk membeli basikal kedua. Harga basikal Lerun murah sahaja dua tiga ratus dah dapat. Basikal kedua ini masih tersimpan di rumah mak. Berkarat dah. 🙂 Kalau diberi kepada yang suka bergambar sambil mengangkat basikal rasanya mereka tak mampu angkat… Berat oiii… Haha..
Kini setelah bekerja.. Berbasikal hanyalah sekadar rekreasi, kayuhan di waktu petang menemani anak-anak beriadah.
#oldcyclist
#throwback