Siri Perkara Bosan Yang Orang Buat Bila Cuti

Minggu lepas, 3 Mei sepupu aku kenduri kahwin (ok ni tak la bosan). Letih gila aku rasa, seb baik aku pemalas, slalu escape dr buat kerja. Gotong-royong start dr hari Jumaat lagi…. banyak jugak benda nak prepare… aku rasa seb baik jugak la cousin aku tu ada la jugak 2 3 org adik beradik laki… kalau tak gamak patah la pinggang…. On the whole, fun la jugak, bukan selalu pun gotong-royong kita org nih… hari kenduri boleh tahan gak meriah, ramai la jugak org datang, nak jadi crite… sepupu aku ni satu skola ngan aku and tua setahun jer dr aku.. so cikgu yg datang tu pun semua cikgu aku.. kawan-kawan dia yg datang pon dr jauh lagi dah kata “cam kenal jerrr”… tapi aku biasa la jawapan aku mesti “err tak kenal la”. ekekek pemalu la konon… isteri cousin aku tu pun satu batch ngan cousin aku… pepaham la…. berduyun jer budak sekolah aku kat situ… seb baik aku pandai menyamar jadi tiang seri rumah…. waheheheh sambil tutup muka dengan kamera… so kenduri tu pun kira berjaya la jugak.. lauk pun banyak lebih sampai aku dua tiga hari dok makan gulai baki kenduri.. ekekek…
Pastu biasanya lepak rumah ni, aku tak berapa leh duduk diam sgt… especially pagi and petang… mesti ada jer yg aku kena buat…. lap kereta tu dah jadi rutin harian… gali lubang untuk tanam serpihan simen pun slalu jugak (rumah aku renovate byk simen bersepah)…. korek lubang pastu tanamkan segala macam batu la apa la…. tu ada dekat 2 3 petang jugak aku duk buat… hari ni ayah aku suruh pergi korek parit, parit depan rumah aku dah siap tinggal separuh jer lubang dia… penuh dengan tanah + air simen…. memang air takleh jalan…. pergi la korek…. pastu gi buang kat tanah tu kat tepi kebun…. dapat la jugak 3 kereta sorong, tanah yg dlm tu..
Amacam.. boring tak rutin seharian aku…. demi mengeluarkan peluh dan tak mahu ternak lemak.. Razz
[Listening to: Bomfunks MCs – Something Going On (3:49)]

One thought on “Siri Perkara Bosan Yang Orang Buat Bila Cuti

Leave a Reply