Ada yang bertanya,
Mengapa air mata mu mengalir,
Lantas ku katakan kerana aku menangis
Ada yang bertanya,
Mengapa engkau menangis,
Lantas ku khabarkan aku berduka
Ada yang bertanya,
Mengapa cerita mu duka,
Lantas ku beritakan hati ku terusik
Ada yang bertanya,
Mengapa hati mu terusik,
Lantas ku ceritakan kisah cintaku
Ada yang bertanya,
Mengapa kisah cintamu,
Lantas ku terdiam
Nota: Sajak spontan yg dibuat sewaktu chatting irc. Smile

Related posts:

  1. sepi tanpa mu
  2. Anak Kecil Berlari-lari
  3. Gurindam Jiwa Merana