Budak Paling Nakal Dalam Kg Pak Roman

Siapa agaknya budak paling nakal tu yer… err tu saya la tu… adoi stressnya hidup, tiap-tiap kali raya ke family gathering ke.. jumpa relative jauh sket ker.. tu jer la dia org nak sebut… “ooo ni lah anak Pauzi yang nakal tu ek”. Aiyooo its been 24 years takkan la takda lagi budak lain yg lagi nakal.
Pada hari raya pertama at least 2 org sebut pasal aku ni budak paling nakal…. sepupu ayah dan atuk sedara. Takpalah kenangan, actually tak ingat sangat dah apa yg dia org cakap aku buat masa kekecik dulu. Huhu.. abaikan.. ok hari raya report.
Raya tahun ni kira double celebration la jugak, sebab makcik dapat anak baru. Tak tahu nak letak nama apa lagi. Baby boy, nanti ada rezeki dapat la korang nengok budak montel tu. 3 kg something berat dia. So lepak separuh hari kat rumah atuk belah mak layan sepupu-sepupu yang kecik yang tengah happy gila dapat adik baru. Yang umur tiga tahun pun boleh dok sengih-sengih cakap “Anan ada adik”.
Petang baru pergi rumah atuk belah ayah plak.Kat rumah atuk belah ayah takda orang sangat dah, adik beradik ayah dah ramai pergi rumah mentua masing-masing. Tinggal dua tiga orang jer yang mentua dekat-dekat. My cousin yang manja tu pun takda pergi tengok atuk dia yg sakit. Lepak kat rumah atuk tu kena la plak melayan relatives yang datang. Tah berapa kali tambah air minum pun tak tahu. Malam dah pukul berapa baru sampai rumah balik.
Second day Raya pada awalnya dijangkakan bakal membosankan, sebab macam malas nak kemana-mana dah, dok layan orang yang datang rumah jer aritu. Pagi pun tak ramai jer orang datang. Tapi lain jadinya, petang tu hampir semua adik-beradik belah ayah datang kumpul kat rumah, sampai cam nak pecah rumah dengan budak-budak dok berlari kesana kemari. Sungguh mengharu-birukan keadaan. Tak sanggup nak cerita dah den. So they all stayed till dinner. Had a big family dinner. 2 rounds actually sebab tak muat dah dapur tu. Nantilah I post some pics.. huhu Grin
p/s: Kg Pak Roman is a kampung in Machang, Kelantan. My dad’s kampung.

20 thoughts on “Budak Paling Nakal Dalam Kg Pak Roman

  1. ade ke main romen2… isk isk… karlbum, i tu maknanya kau still reigning champion kat kg tuh.. bangga aa sket… soh diorang namakan jln atas nama kau, sure gempak! hehehe

  2. nak cari kawan kat dalam kg pakroman, machang….dia kerja sebagai jururawat masyarakat kat klinik desa sokor, tapi dia tinggal kat kg pakroman….ada kenal sapa2 tak kat sana? dia naik keta plat johor….

  3. ingin mencari kawan lama yang bernama asmadi,sepupu dia kak ana dan ija.dulu dia berkerja di bank pertanian kuala krai dan tinggal di kg pak roman,ayah dia ada sebuah teksi.ada sapa2 kenal tolong email saya

  4. jom la join GB Kg Pak Roman..sama2 meriahkan..saya tngh mengumpulkan sesiapa yg ada kaitan ngan kg ni..sama ada dok sana ke, asal ke, atau parents asal sana,or kahwin ngan org Pak Roman..utk mengeratkn ukhuwah fillah..sbb ramai dh yg terputus dan slng tidak mengenali..Sharifah

Leave a Reply